Terlupa pula saya untuk kepilkan gambar2 menarik dari dalam flight (virgin airways) yang saya ambil semasa berangkat ke sydney. Foto2 bandar brisbane dan kawasan sekitarnya; sangat menarik pada tatapan mata penulis. Bandarnya tersusun dan nampak menarik dari pandangan atas...
Wednesday, April 24, 2013
Sunday, April 21, 2013
Naik Keretapi Sydney!
April 2013 merupakan bulan yang sangat sibuk bagi penulis. Bulan ini penulis telah dihantar oleh supervisor, dr jayantha ke university of sydney untuk membuat sendiri Fiber Bragg gratings sensors. Satu latihan yang sangat bermakna untuk penulis.
Anyway university of sydney ni terletak dekat dengan bandar sydney. University yang sangat besar. Ramai pelajarnya.
Di bandaraya Sydney ni, yang menarik perhatian penulis adalah sistem keretapi dalam bandarnya (obviously because I've been using it since my first day here, ahaks). Ataupun namanya city rail. Ianya sangatlah efisien. Mudah nak belajar cara2 nak menggunakan sistem ini, especially kat malaysia dah ada kan... Cuma di sini, ianya sangatlah mesra stroller, so ibu2 tak perlu nak dokong baby setiap masa; dengan kata lainnya secara umumnya mesra pengguna!
Keretapinya sangat selesa, sangat tepat waktu dan banyak trip. Obviously sangat mudah nak bajet masa ke mana2 (itu pun penulis dapat lihat ramai org berlari2 nak kejar train..). Di sini penulis kepilkan beberapa gambar untuk tatapan...
Wednesday, April 17, 2013
Bila abstrak jurnal ditulis dalam bahasa kelantan!
Monday, April 15, 2013
Back to lab!
Wah dah berapa minggu tak melawat lab kesayangan penulis. Semua nampak kemas. Nampaknya rakan2 satu lab pun dah lama tak datang (kot, ke penulis je yang malas??). Tapi untuk memulakan sesuatu kembali setelah lama berehat, memang cukup susah. Kena build up momentum dulu.
Alhamdulillah, tak sia2 masuk lab. Dapat gak results yang diperlukan. Data nya cantik. Nanti penulis akan rangkum kan dalam penulisan journal atau kertas persidangan.
Well, this very good start hopefully can build my momentum towards having the final set up. Errr memang Phd ni memerlukan semangat yang kuat untuk menggali ilmu...!
Err on the way tadi nampak sekawan biri2..cantik...
Saturday, April 13, 2013
Kekalahan pertama TRW
It's a sad day for TRW fans. Hari gelap buat pasukan pujaan aku. Kekalahan pertama di tempat sendiri selepas 2 tahun memang sangat menyakitkan. Bila aku tengok line up team tanpa kelibat obinna, aku dah dapat agak defence will struggle. Tapi walaubagaimanapun, aku cukup happy dengan dickson yang cukup hebat walaupun last2 minute tadi macam dah sangat penat. By the way fakri saarani mmg nampak belum cukup serasi dengan team. Kalu dok kena gaya, boleh jadi bebanan untuk pasukan.
Biarlah masa yang akan tentukan kebangkitan TRW. Kita perlukan kemenangan yang berterusan. Tapi jadual yang padat tidak memungkinkan pemain bermain secara maximum. I really think that, this year TRW must focus on only one cup to win; not all. Next year will be the right year for us to come back since we know what we need to do.
Anyway, I put all my trust to the coaches and management team to overcome all the probs. Unfortunately I'm not able to watch live in stadium...but next insya Allah!
THIS IS KOTA BHARU!
Saturday, April 6, 2013
Kesedaran pengguna = pemilihan pemimpin...!
Friday, April 5, 2013
PRU13
Assalam alaikum..
Sekarang musim pilihanraya datang balik. After 5 years, with almost terbubar secara automatik, Malaysia akan menyaksikan persaingan terhebat dalam pilihanraya umum kali ini. Seingat penulis, 2008 was PRU with the most shocking result where 5 states were unexpected ly fall to PR. Well, banyak perdebatan hangat diperkatakan oleh pakar pemerhati politik tanah air apabila menyentuh hal ini. Tapi bagi penulis, ianya adalah lumrah alam ciptaan Allah ini untuk memiliki naik dan turun dalam sesuatu perkara.
Dan kini 2013 seakan ditimbulkan suatu gelombang yg sangat hebat untuk menelan parti pemerintah sebelum ini. BN sememangnya memiliki reputasi yang sangat gah dalam pembentukan negara Malaysia. Namun kini, BN seakan mati kutu bila melihatkan kebangkitan PR yang menggunakan sepenuhnya peluang di atas mood semasa rakyat yang menentang penindasan dan kezaliman. Namun persoalannya, adakan BN ni kerajaan zalim dan menindas? Bagi penulis, tuduhan ini terlalu berat untuk dihumbankan ke atas parti yg cukup bersejarah ini. Tidaklah dinafikan berlaku cacat cela sepanjang pemerintahannya, namun kezaliman secara terangan tidaklah berlaku seperti yang digambarkan dan tidaklah layak pada pandangan penulis untuk dikutuk dengan hebat.
Namun begitu, pembawaan politik baharu oleh PR yang menekankan dasar yang mesra rakyat dan dibuktikan di 4 negeri diperintah mereka, agak menarik perhatian penulis. Walaupun sememangnya negeri di bawah BN juga sebenarnya ada mengamalkan dasar yang menguntungkan rakyat; kebangkitan satu lagi parti gabungan seperti PR yang mampu mencabar BN, sungguh menarik untuk dilihat. Bagi rakyat biasa yang tidak condong kepada mana-mana parti, penulis merasakan ini adalah sesuatu yang bagus! Mana tidaknya masing-masing akan berlumba-lumba menyediakab khidmat kepada rakyat yang memerlukan. Persoalannya tawaran manakah yang lebih baik? Ini sememangnya memerlukan kebijaksanaan pengundi-pengundi untuk menilainya.
Apa yang pasti the next two months, Malaysia akan menjadi sangat hangat.....
Tuesday, April 2, 2013
About Me
- ZMHafizi, Ph.D Eng (USQ) M.Eng (UKM), B.Eng (UKM)
- Currently, Mohd Hafizi Bin Zohari is a lecturer and CEO of ASIVR (Advance Structural Integrity and Vibration Research) Group at Faculty of Mechanical Engineering in Universiti Malaysia Pahang. After his first degree in 2005, he works at Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB) as Production Engineer. He graduated from Universiti Kebangsaan Malaysia with Master Engineering (Mechanical) in 2008. He has shown vast interest in Mechanical Vibration, Acoustics, Signal Analysis, and Wave Propagation Based Structural Health Monitoring (SHM) and Non Destructive Testing research area. At present, he actively involved in teaching and learning and research activities at UMP.