Assalam alaikum..
Sekarang musim pilihanraya datang balik. After 5 years, with almost terbubar secara automatik, Malaysia akan menyaksikan persaingan terhebat dalam pilihanraya umum kali ini. Seingat penulis, 2008 was PRU with the most shocking result where 5 states were unexpected ly fall to PR. Well, banyak perdebatan hangat diperkatakan oleh pakar pemerhati politik tanah air apabila menyentuh hal ini. Tapi bagi penulis, ianya adalah lumrah alam ciptaan Allah ini untuk memiliki naik dan turun dalam sesuatu perkara.
Dan kini 2013 seakan ditimbulkan suatu gelombang yg sangat hebat untuk menelan parti pemerintah sebelum ini. BN sememangnya memiliki reputasi yang sangat gah dalam pembentukan negara Malaysia. Namun kini, BN seakan mati kutu bila melihatkan kebangkitan PR yang menggunakan sepenuhnya peluang di atas mood semasa rakyat yang menentang penindasan dan kezaliman. Namun persoalannya, adakan BN ni kerajaan zalim dan menindas? Bagi penulis, tuduhan ini terlalu berat untuk dihumbankan ke atas parti yg cukup bersejarah ini. Tidaklah dinafikan berlaku cacat cela sepanjang pemerintahannya, namun kezaliman secara terangan tidaklah berlaku seperti yang digambarkan dan tidaklah layak pada pandangan penulis untuk dikutuk dengan hebat.
Namun begitu, pembawaan politik baharu oleh PR yang menekankan dasar yang mesra rakyat dan dibuktikan di 4 negeri diperintah mereka, agak menarik perhatian penulis. Walaupun sememangnya negeri di bawah BN juga sebenarnya ada mengamalkan dasar yang menguntungkan rakyat; kebangkitan satu lagi parti gabungan seperti PR yang mampu mencabar BN, sungguh menarik untuk dilihat. Bagi rakyat biasa yang tidak condong kepada mana-mana parti, penulis merasakan ini adalah sesuatu yang bagus! Mana tidaknya masing-masing akan berlumba-lumba menyediakab khidmat kepada rakyat yang memerlukan. Persoalannya tawaran manakah yang lebih baik? Ini sememangnya memerlukan kebijaksanaan pengundi-pengundi untuk menilainya.
Apa yang pasti the next two months, Malaysia akan menjadi sangat hangat.....
No comments:
Post a Comment