Sunday, June 29, 2014

Isaac Newton and Albert Einstein....

Dalam sebulan dua ni, penulis banyak melakukan pembacaan berkenaan the fundamental of physics. Well, I always have interest in physics since the very first day during my secondry school. Tapi pemahamannya menjadi sangat berbeza jika dibandingkan dengan sekarang. Dulu penulis memahami subjek tersebut semata-mata untuk lulus cemerlang exam... But now, penulis menyedari bahawa physics ni adalah suatu realiti. Ia satu kajian yang menerangkan kejadian setiap objek di alam ini; including all the interactions.. Mungkin akan datang (jika berkelapangan) saya akan cuba mengupas akan tajuk berkenaan 'physics and reality'.



Apa yang menariknya? Allah menyuruh hambanya untuk melihat alam untuk menyedari dan mengagungi akan kebesaran Allah. Betapa sempurnanya setiap perkaitan antara objek-objek yang bergerak di alam semesta. Manusia juga perlu mengkaji alam ini untuk mengambil manfaat dari apa jua kejadian ciptaan Allah ini. Namun begitu, jelas dapat dilihat sarjana barat telah terkehadapan dalam pengkajian physics. Apa yang menjadi sesuatu kekecewaan kepada penulis adalah, para pengkaji dilihat tidak menjuruskan hasil kajian kepada betapa Agungnya yang maha pencipta. Mereka dilihat cuba menegakkan suatu pandangan seolah-olah, if we understand physics, we can be the god!! Itu adalah SALAH SAMA SEKALI. WRONG AT ALL!

Kembali kepada objektif penulisan pada kali ni. Apa persamaan antara Newton dan Einstein?  Kedua2nya merupakan seseorang yang sangat passionate tentang sains; particularly in physics.

Newton telah berjaya menghubungkan gerakan jasad (objek berjisim) dengan satu nilai yang tetap yang akhirnya dinamakan 'gravity'. Walaubagaimanpun sebelum itu, Galileo Galilei terlebih dahulu telah membuat kajian berkenaan objek yang jatuh ke bumi dari aras yang lebih tinggi. Apa yang menjadikannya hebat (bagi penulis) adalah kesimpulan radikal Galilei yang berani menentang pihak gereja dalam mengusulkan teori sistem suria yang berpusatkan matahari adalah cukup penting dalam sains. Yang lebih menariknya, tahun kelahiran Isaac Newton, adalah tahun kematian Galilei! What a coincidence...!


Berbalik kepada Isaac Newton, melalui kisah yang sangat popular, "Newton dan buah epal yang jatuh ke tanah"; telah mencetuskan satu revolusi sains yang baru. Pemerhatian dan kesimpulan beliau berkenaan kewujudan suatu daya yang konsisten yang menghubungkan semua objek di atas bumi (bahkan alam semesta!!) adalah suatu cetusan idea yang sangat genius. Ia juga adalah kesinambungan daripada 'pengorbanan' Galilei yang tidak gentar mempertahankan kebenaran berdasarkan fakta sains, walaupun dilihat bertentangan dengan pendapat gereja. 

Idea Newton tentang daya GRAVITY adalah lembaran baru dalam bidang sains, seterusnya membuka pintu kepada modern scienceSiapa tidak tahu akan 'Newton's law of Motion?'... penulis tidak berniat untuk menerangkan lebih lanjut tentangnya, namun implikasinya adalah sangat hebat. Mana mungkin roket boleh dilancarkan ke orbit (dan juga ke angkasaraya..!!) tanpa melakukan pengiraan sepertimana yang diasaskan oleh Newton? Dalam pada Newton mengkaji fenomena gerakan objek, dia (secara bersama dengan seorang lagi mathematician) telah mencipta kaedah kalkulus. Jarang diketahui bahawa pada asalnya kalkulus adalah untuk mengira pergerakan bulan mengelilingi bumi! 

Sir Isaac Newton
Kisah peribadi Sir Isaac Newton juga menarik untuk diikuti. Siapa tahu, bakat sains ini sebenarnya kehilangan kasih sayang ibu bapa sejak dari kecil lagi.. Namun itu tidak melemahkan semangat beliau sehingga memasuki Cambridge University. Anda boleh baca lagi di sini. Mungkin saya juga akan mengulas lebih lanjut berkenaan kisah beliau dalam entry yang akan datang. Apa yang pasti, bapa sains moden ini mendapat tumpuan sehingga beratus tahun lamanya. Sehinggalah pada awal kurun ke-20, munculnya seorang lagi tokoh penting yang merevolusikan bidang sains, iaitu Albert Einstein. Tokoh ini menghadirkan sinar kepada satu lagi anjakan kepada dunia fizik!


Anjakan yang dimaksudkan di sini cukup mendalam untuk diulas dalam entri kali ini. Penulis terpaksa berhenti di sini buat sementara waktu......


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently, Mohd Hafizi Bin Zohari is a lecturer and CEO of ASIVR (Advance Structural Integrity and Vibration Research) Group at Faculty of Mechanical Engineering in Universiti Malaysia Pahang. After his first degree in 2005, he works at Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB) as Production Engineer. He graduated from Universiti Kebangsaan Malaysia with Master Engineering (Mechanical) in 2008. He has shown vast interest in Mechanical Vibration, Acoustics, Signal Analysis, and Wave Propagation Based Structural Health Monitoring (SHM) and Non Destructive Testing research area. At present, he actively involved in teaching and learning and research activities at UMP.