Sunday, September 7, 2014

MB Selangor 2014: PAS PKR DAP

Polemik berterusan isu MB selangor semakin menjurus kepada percakaran yang tidak sihat. Pada tahap kini, jamaah Pas kelihatan tidak sehaluan dalam pendapat mereka. Akan tetapi penulis yakin Pas, dengan pengalamannya menghadapi tribulasi yang hebat, akan kembali dapat menyerap segala permasalahan ini. Hanya masa yang akan menentukan.

Penulis agak bingung; dan belum lagi menjumpai alasan yang konkrit, untuk penulis menyetujui akan tindakan PKR. Mereka kelihatan ingin cepat membuat keputusan tanpa memikirkan implikasi di masa hadapan. Mereka bermain catur dan ianya menjurus kepada perancangan makan diri. Tidak salah rasanya penulis bersetuju dengan penulisan Dr MAZA yang mempersoalkan kredibiliti Pakatan Rakyat jika mereka berpeluang memerintah. PKR dilihat terlalu mendesak dan seolah 'terdesak'. Apa puncanya, penulis masih lagi dalam proses menggali pemikiran strategik pakar2 mereka.

DAP secara umumnya tidak banyak terlibat dalam percakaran ini. Namun, mereka dilihat lebih pentingkan profesional dalam membuat keputusan dan ingin kebersamaan PR diteruskan. Pun begitu, DAP gagal untuk memahami PAS memiliki sejarah yg sangat unik dalam menghadapi krisis dalam pakatan politik sebegini. Menyerang PAS adalah tidak banyak membantu.

Tidak dapat tidak yang paling gembira dengan situasi ini adalah UMNO BN. Bagus juga, bolehlah mereka fokus pada menyelesaikan isu2 terburuk kerajaan  masa kini spt MAS, Sabah dan lain2. Namun begitu, apa yang penulis sangat kecewa adalah pemberitaan media pro UMNO yang dilihat (sgt jelas) ingin memecah belahkan sesama Pakatan Rakyat. Sebagai media awam, ini adalah tidak adil dan berniat jahat. Pun begitu penulis terpaksa bersetuju, ini adalah peluang yang terbaik untuk UMNO mematikan penyatuan pembangkang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Apa yang penulis harapkan, percakaran ini tidak akan membawa kepada perpecahan masyarakat majmuk Malaysia. Penulis sentiasa mendoakan prasangka jahat yang tertanam dalam hati Malaysians akan semakin lama semakin menghilang.

'Selamat Hari Malaysia 16 September 2014' 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently, Mohd Hafizi Bin Zohari is a lecturer and CEO of ASIVR (Advance Structural Integrity and Vibration Research) Group at Faculty of Mechanical Engineering in Universiti Malaysia Pahang. After his first degree in 2005, he works at Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB) as Production Engineer. He graduated from Universiti Kebangsaan Malaysia with Master Engineering (Mechanical) in 2008. He has shown vast interest in Mechanical Vibration, Acoustics, Signal Analysis, and Wave Propagation Based Structural Health Monitoring (SHM) and Non Destructive Testing research area. At present, he actively involved in teaching and learning and research activities at UMP.