Buat baik dapat sakit
KANGAR: Sekumpulan 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi di sini, dikatakan bertindak ala gengster apabila dengan selamba menarik keluar seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sekolah berkenaan dari kelas sebelum membelasahnya walaupun ketika itu guru sedang mengajar. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, mendakwa terkehel bahu kiri dan patah lengan kiri serta cedera di kening kiri akibat dibelasah teruk tiga daripada 10 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima itu. Difahamkan, sebaik menarik keluar Muhamad Shahfaly dari kelasnya di tingkat satu, dia dibawa ke tingkat bawah bangunan sekolah sebelum dibelasah. Muhamad Shahfaly berkata, seorang daripada pelajar terbabit memasuki kelasnya di tingkat satu ketika guru sedang mengajar lalu mengheretnya keluar dengan memegang tengkuk dan dibawa turun ke tingkat bawah.
(berita lanjut di myMetro Buat baik dapat sakit)
Ulasan Prohumaira:
Kejadian ini menunjukkan bahawa betapa pengaruh ala gengster sudah makin menular dikalangan pemuda-pemudi di Malaysia. Apa yang lebih mengejutkan, dilaporkan bahawa guru2 tak tahu (atau tak nak ambil tahu?) kejadian yang berlaku, sedangkan ini adalah perkara besar. Persoalan yang boleh ditimbulkan, guru2 juga takut jadi mangsa? Apa2 pun kejadian ini masih lagi dalam siasatan. Yang jelasnya kejadian ini bukanlah sesuatu yang amat jarang berlaku. Kejadian buli di sekolah ini kerap kali dilaporkan dalam akhbar, tetapi kali ini tindakan buli yang dilakukan 'sangat berani' dan terang terangan!
Sunday, March 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- ZMHafizi, Ph.D Eng (USQ) M.Eng (UKM), B.Eng (UKM)
- Currently, Mohd Hafizi Bin Zohari is a lecturer and CEO of ASIVR (Advance Structural Integrity and Vibration Research) Group at Faculty of Mechanical Engineering in Universiti Malaysia Pahang. After his first degree in 2005, he works at Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB) as Production Engineer. He graduated from Universiti Kebangsaan Malaysia with Master Engineering (Mechanical) in 2008. He has shown vast interest in Mechanical Vibration, Acoustics, Signal Analysis, and Wave Propagation Based Structural Health Monitoring (SHM) and Non Destructive Testing research area. At present, he actively involved in teaching and learning and research activities at UMP.
No comments:
Post a Comment