Sunday, March 6, 2011

myMetro - Kijang gah di puncak

Kijang gah di puncak

KETIKA hukuman penggantungan jurulatih Kelantan, B Sathianathan dikekalkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sampai seminggu sepak mula Liga Super bermula, ramai yang menganggap bala menimpa gergasi Pantai Timur itu.

Tapi selepas enam perlawanan liga musim ini berlangsung, skuad The Red Warriors yang kini dikendalikan Datuk M Karathu membuktikan bahawa telahan itu tidak benar sama sekali apabila mereka gah mendominasi puncak liga.


Dengan rekod tanpa kalah selepas mencatat empat kemenangan dan dua seri bagi mengumpul 14 mata sudah cukup membuktikan Kelantan antara pasukan pilihan untuk muncul juara musim ini biarpun saingan masih jauh.


 Malah mereka membuktikan jentera serangan yang diketuai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (gambar) cukup ampuh setakat ini dengan 13 gol keseluruhan. (berita lanjut di myMetroKijang gah di puncak)


Ulasan Prohumaira:
Kecemerlangan pasukan The Red Warrior di awal musim ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Pasukan ini telah membina momentum yang sangat hebat bermula 3, 4 tahun sebelum ini. Kecemerlangan ini adalah melibatkan keseluruhan pasukan termasuklah KAFA sendiri. Pasukan ini boleh dikatakan stabil dan dibina secara berpasukan, bukanlah hanya atas kecemerlangan individu. Ini dibuktikan, bilamana perpindahan 4 orang bekas pemain utama sebelum ini ke pasukan lain, tidak langsung menjejaskan aksi keseluruhan pasukan. Tidak dapat dinafikan penyokong adalah nadi utama pasukan. Kehadiran penonton yang ramai memberikan keuntungan yang lumayan pada kantung persatuan, di samping sambutan penaja yang begitu menggalakkan untuk musim ini serta sokongan kerajaan negeri. Ini seterusnya mengukuhkan kewangan persatuan.
Namun begitu, adalah diingatkan, perjalanan musim ini masih lagi panjang. Meminjam kata-kata Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger "dalam bola sepak, apa saja boleh berlaku!". Gomo Klate Gomo!

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently, Mohd Hafizi Bin Zohari is a lecturer and CEO of ASIVR (Advance Structural Integrity and Vibration Research) Group at Faculty of Mechanical Engineering in Universiti Malaysia Pahang. After his first degree in 2005, he works at Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB) as Production Engineer. He graduated from Universiti Kebangsaan Malaysia with Master Engineering (Mechanical) in 2008. He has shown vast interest in Mechanical Vibration, Acoustics, Signal Analysis, and Wave Propagation Based Structural Health Monitoring (SHM) and Non Destructive Testing research area. At present, he actively involved in teaching and learning and research activities at UMP.