Monday, March 7, 2011

myMetro | 'Botol terbang lagi'

'Botol terbang lagi'

FAM perlu menilai semula tahap keselamatan di Stadium JCorp, Pasir Gudang yang masih longgar berikutan insiden membaling botol ke padang yang masih berulang ketika aksi Piala FA membabitkan Johor FC-Kelantan, Jumaat lalu. Insiden itu hampir mencetus ketegangan yang menyaksikan pengadil perlawanan, Mohd Yusof Mat Karim terpaksa menghentikan perlawanan selama tiga minit berikutan penyokong skuad bergelar Lebah membaling botol ketika pemain Kelantan, Solihin Kanasian sedang mendapat rawatan di tepi padang. Kejadian itu kali kedua berlaku di stadium itu selepas musim lalu penyokong Lebah turut membaling botol ketika saingan separuh akhir Piala Malaysia membabitkan Johor FC-Negeri Sembilan sehingga mencetus ketegangan.

(berita lanjut di myMetro 'Botol terbang lagi')


Ulasan Prohumaira:
Liga Malaysia menyaksikan kebangkitan yang sangat membanggakan. Kehangatannya juga semakin bertambah. Ini menggamit sokongan dari para penyokong yang semakin bertambah saban minggu. Semua persatuan sukan dan kelab2 perlu mengambil inisiatif dalam membendung kejadian ganas ini dari berulang. Ambillah pengajaran dari kejadian yang berlaku di Kelantan suatu masa dulu. Namun pihak pengurusan stadium Kelantan sudah melakukan tindakan yang sepatutnya untuk menghalang kejadian sama dari berulang. Apa tindakan daripada pengurusan stadium yang lain?

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Currently, Mohd Hafizi Bin Zohari is a lecturer and CEO of ASIVR (Advance Structural Integrity and Vibration Research) Group at Faculty of Mechanical Engineering in Universiti Malaysia Pahang. After his first degree in 2005, he works at Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB) as Production Engineer. He graduated from Universiti Kebangsaan Malaysia with Master Engineering (Mechanical) in 2008. He has shown vast interest in Mechanical Vibration, Acoustics, Signal Analysis, and Wave Propagation Based Structural Health Monitoring (SHM) and Non Destructive Testing research area. At present, he actively involved in teaching and learning and research activities at UMP.