'Bom' gegar sekolah
KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam. Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran. Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya. Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian.
(berita lanjut di myMetro 'Bom' gegar sekolah)
Ulasan Prohumaira:
What the @#&* is happen here?!!
Monday, March 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- ZMHafizi, Ph.D Eng (USQ) M.Eng (UKM), B.Eng (UKM)
- Currently, Mohd Hafizi Bin Zohari is a lecturer and CEO of ASIVR (Advance Structural Integrity and Vibration Research) Group at Faculty of Mechanical Engineering in Universiti Malaysia Pahang. After his first degree in 2005, he works at Perodua Manufacturing Sdn. Bhd (PMSB) as Production Engineer. He graduated from Universiti Kebangsaan Malaysia with Master Engineering (Mechanical) in 2008. He has shown vast interest in Mechanical Vibration, Acoustics, Signal Analysis, and Wave Propagation Based Structural Health Monitoring (SHM) and Non Destructive Testing research area. At present, he actively involved in teaching and learning and research activities at UMP.
No comments:
Post a Comment